Hak pendidikan, kesihatan Rohingya disekat
WASHINGTON 4 Ogos - Perlembagaan, undang-undang serta polisi Myanmar, menghalang kebebasan beragama, sementara etnik Rohingya Islam menghadapi bentuk diskriminasi paling teruk selepas mereka dihadkan daripada menerima pendidikan serta bantuan kesihatan.
Perkara itu didedahkan dalam Laporan Kebebasan Beragama Antarabangsa 2011 Amerika Syarikat (AS) mengenai kebebasan beragama yang diterbitkan minggu ini.
Menurut laporan tersebut, bukan sahaja penganut Islam di seluruh Myanmar, etnik Cina dan India di negara itu juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa majlis bandar raya untuk meninggalkan kampung halaman mereka.
Ia menyatakan, pihak berkuasa Myanmar juga sering menolak permohonan etnik Rohingya serta etnik beragama Islam lain di negeri Rakhine yang mahu melakukan perjalanan atas semua alasan.
Bagaimanapun, adakalanya kebenaran tersebut diberikan, tetapi hanya selepas melibatkan rasuah, kata laporan oleh Jabatan Negara AS itu.
Menurut laporan itu, penganut Islam di Rakhine terutamanya etnik Rohingya terus menghadapi diskriminasi ekonomi, perundangan, pendidikan dan sosial paling teruk.
Ia berkata, terdapat laporan menyatakan doktor Buddha enggan memberikan sokongan kepada penganut Islam yang diperlukan oleh Kementerian Kesihatan untuk membenarkan mereka keluar dari Rakhine bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Tanpa status kewarganegaraan, etnik Rohingya juga tidak mempunyai akses kepada pendidikan sekolah menengah di sekolah diselia kerajaan.
Pelajar Islam dari Rakhine yang menamatkan sekolah tinggi turut tidak dibenarkan keluar dari negeri itu untuk melanjutkan pelajaran di kolej atau universiti.
- Agensi
(Artikel ini disiarkan pada 05/08/2012 di Utusan Online)
(Artikel ini disiarkan pada 05/08/2012 di Utusan Online)
KOMEN :
- Artikel 18
~ Sudah jelas dalam Artikel 18 yang mengatakan setiap orang mempunyai kebebasan dalam menganuti agama mereka sendiri tetapi hak kebebasan beragama etnik Rohingya di Myanmar telah disekat oleh Perlembagaan, Undang-undang dan Polisi di negara itu.
- Artikel 26
2. Pelajaran hendaklah ditujukan kepada perkembangan sepenuhnya keperibadian manusia dan ke arah memperkukuhkan lagi rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi . Lanya hendaklah memupuk persefahaman, kesabaran dan persahabatan di kalangan semua negara, kaum atau agama, dan hendaklah memajukan segala kegiatan Bangsa-Bangsa Bersatu demi memelihara keamanan.
3. Ibu-bapa mempunyai hak terdahulu untuk memilih jenis pelajaran yang akan diberikan kepada anak-anak mereka .
~ Hak pendidikan untuk etnik Rohingya jelas dilanggar kerana mereka telah dihadkan daripada menerima pendidikan. Perkara ini amat menyedihkan kerana mereka juga menginginkan anak-anak mendapat pendidikan sama seperti anak-anak di negara lain supaya dapat meningkatkan taraf hidup keluarga pada masa akan datang apabila mempunyai ilmu pengetahuan.
- Artikel 13
2. Setiap orang berhak meninggalkan mana-mana negara , termasuk negaranya sendiri , dan kembali semula ke negaranya.
~ Dalam Artikel 13 juga sudah menjelaskan bahawa setiap orang bebas bergerak dan meninggalkan negaranya sendiri serta kembali semula ke negaranya. Walaubagaimanapun, sebaliknya terjadi dalam kes ini di mana hak kebebasan bergerak iaitu ingin membuat perjalanan ke negara lain atas semua alasan oleh etnik Rohingya serta etnik beragama Islam lain di negeri Rakhine telah dilanggar serta disekat oleh pihak berkuasa di Myanmar.
- Artikel 25
2. Ibu dan anak adalah berhak kepada jagaan serta bantuan khas. Semua kanak-kanak , samada dilahirkan di dalam mahupun luar nikah, hendaklah menikmati perlindungan sosial yang sama.
~ Kes di atas juga melibatkan hak penerimaan bantuan kesihatan oleh etnik Rohingya dihalang dan jelas telah melanggar apa yang telah ditegaskan dalam Artikel 25 di mana setiap orang adalah berhak kepada suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya.
