LIRIK LAGU KEDAMAIAN - BROTHERS
Sahabat,
Duniaku kini tiada ceria,
Hilang entah ke mana?
Detik-detik yang ku lalui penuh duri.
Bilakah segalanya akan berakhir?
Kedamaian kan muncul kembali.
Mengapa tangisan itu masih terdengar lagi?
Adakah tiada siapa peduli?
Sahabatku,
Bersabarlah dengan ujian Tuhan,
Natijah kealpaan,
Kepahitan yang ku lalui pasti berakhir,
Kedamaian kan muncul kembali.
Ooo tangisan itu
Masih terdengar lagi
Tiada siapa peduli
Di mana nilai kemanusiaan sebagai hamba Tuhan?
Hadirlah kedamaian, kami memerlukan.
Hadirlah kedamaian,
Kami memerlukan,
Di bumi yang telah gersang,
Tumbuh pohon nan subur.
Bersabarlah dengan ujian Tuhan,
Natijah kealpaan,
Kepahitan yang ku lalui pasti berakhir,
Kedamaian kan muncul kembali.
Ooo tangisan itu
Masih terdengar lagi
Tiada siapa peduli
Di mana nilai kemanusiaan sebagai hamba Tuhan?
Hadirlah kedamaian, kami memerlukan.
Hadirlah kedamaian,
Kami memerlukan,
Di bumi yang telah gersang,
Tumbuh pohon nan subur.
KOMEN :
- Lagu ini menyuarakan tentang pelanggaran hak-hak asasi penduduk di GAZA dan Palestin iaitu di mana seperti yang kita semua tahu penduduk-penduduk di sana sentiasa berada dalam ketakutan dan kesengsaraan kerana mereka seringkali dihujani peluru dan bom-bom sehingga mengakibatkan banyak kematian.
- Lagu ini menggambarkan bahawa penduduk di sana tidak mendapat keceriaan dalam kehidupan sepertimana kita di sini dan selalu diiringi dengan tangisan.
- Lagu ini juga adalah untuk memberitahu kita semua dan memohon kepada Allah supaya mereka akan memperoleh kedamaian di dunia ini suatu masa nanti, INSYAALLAH.. kerana mereka sudah pasti memperoleh kebahagiaan yang hakiki di syurgaNya...
Setiap orang adalah berhak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri.- Lagu ini menggambarkan bahawa penduduk di sana tidak mendapat keceriaan dalam kehidupan sepertimana kita di sini dan selalu diiringi dengan tangisan.
- Lagu ini juga adalah untuk memberitahu kita semua dan memohon kepada Allah supaya mereka akan memperoleh kedamaian di dunia ini suatu masa nanti, INSYAALLAH.. kerana mereka sudah pasti memperoleh kebahagiaan yang hakiki di syurgaNya...
- Artikel 3
- Sudah jelas termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia di bawah Artikel 3 di mana semua orang berhak terhadap nyawa, kebebasan dan keselamatan diri. Walaubagaimanapun, penduduk di Palestin, GAZA serta negara-negara Islam yang lain masih lagi diserang oleh pihak Israel dan ramai penduduk yang telah terkorban. Lantas, siapa yang mempedulikan masalah yang menimpa saudara seislam kita.
